Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya

salam...
tadi dok belek2 blog lain-lain tetiba ternampak info nie..
jadi saya paparkan untuk kegunaan bersama...


Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya

Ayam Panggang Yogurt Berempah

salam...
16 Oktober ari tue tetibe je terrajin...
geram melihat kak wana nyer resepi ayam yogurt dengan pantas nyer ke pasar dan membeli bahan2 yang diperlukan....
kak wana mohon kongsi bersama erk..









Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.

sumber resepi : http://www.potretkasih.com/2010/09/ayam-panggang-yogurt-berempah/#comment-671


maaplah gmbar buruk..pakai kamera hp jerk..he..he
ayam kurus skit..he..he tak mcam gmbar kak wana yang begitu menyelerakan...
siap buat air bandung..sedap dan nikmatnya..he..he




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala