Update- tempahan dari cikgu sktpp utk prasekolah..

assallamualaikum...
malam yang indah...he..he..
pg tdi cikgu dari Pra sekolah sktpp order untuk murid sebanyak 3bji.. kek brownies cheese...
nyum..nyum..nyum..layan...


3 bji kek brownies...




katanya cikgu lin nie mmg majlis wajib tiap-tiap bulan utk pelajar pra sekolah...hrap mereka sume suke...

Update- tempahan dari cikgu sktpp utk prasekolah..

assallamualaikum...
malam yang indah...he..he..
pg tdi cikgu dari Pra sekolah sktpp order untuk murid sebanyak 3bji.. kek brownies cheese...
nyum..nyum..nyum..layan...

Proses Pembaikan dan Menaiktaraf

Blog ini masih dalam proses pembaikan dan menaiktaraf...
jika berminat untuk tempahan boleh ke facebook (Siti Iera)

Asam pedas ayam..

Bahan-bahan 

seekor ayam
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
1 batang serai (dititik)
50gm daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis




Cara-cara
Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
Masukkan pula garam. Gaul sebati
Tambahkan air
Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
**Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam

cam vill buat 1/4 je dr resepi nie..
tmbah pedas lebih..he..he..letak tomato...
daum kesum, bunga kanttan tak de..
tak smpat nak g psar..

Tempahan Untuk 24/Feb

m
Hello malaysia...he..he
nie semalam nyer tempahan dari Lyn SPR Putrajaya muffin 100pcs untuk birthday party kat Tadika anak beliau..dan Bluberry Cistat untuk Kak Ruby dari PPJ 50 pcs....



 muffin coklat 100pcs

      cistat 50pcs...

Sotong Goreng Tepung Versi Tepung Serbaguna..

Ari slasa ku ketandusan idea untuk masak mkan malam...he..he.. tgok2 dalam Peti Ais hanya ada beberapa ekor sotong...actually ku amat kurang klu sotong dimasak ape saje kecuali goreng bertepung...maybe sbb mmg dari dulu alergik dgan sotong nie...

layan gambar dari ku...
nie la versi sotong goreng tepung...
menggunakan tepung dari


1st time beli jenama nie..
sedap jugak...he..he

bahannyer sempoi je:
sotong 4 ekor
tepung serbaguna
air
putih telur

caranya :
  • sotong di potong kecik-kecik
  • basuh dan toskan sotong
  • letakkan 3sudu tepung serbaguna dan lumurkan pada sotong perapkan selama 15minit..
  • sediakan putih telur dikacau dan satu bekas untuk baki tepung serbaguna tersebut
  • akhir skali, sotong yang perap tadi dicelup ke putih telur kemudian dia salut dgan baki tepung tersebut kemudian goreng... 
layan dengan nasi goreng cili padi..
simple menu kami malam ini...



Popia Goreng Bercili


ini yang dh nak hbis ku dan hubby membedal he..he.
menu yang cukup menyelerakan he..he..he..
ku try lg dari buku kak hanieliza yang hubby belikan tajuk buku
Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang

Bahan
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah


Bahan Inti
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak
garam



Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hunung dengan bancuhan tepung tadi.
7. gorengakna dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.



CILI
Bahan
2 s/b cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 s/b cili sos
2 s/b cuka
1 s/b gula
3 s/b minyak
garam
bijan [jika suka]



Cara .
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2.. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.

PANCAKE

as salam...
hai sume..nie saje je nak updatekan balik resepi Pancake Kak Hanieliza...dalam blog beliau dalam
 he..he..tryla..mmg sdap dn mudah...


Bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A atau B
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak


Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul gunakan whisker. [Boleh gunakan blender] * Guna whisker je..
2. Tapiskan.* Tak tapis sbb Cik M ada..he..he
3. Sendukkan dalam Artnova Pot. [Jika gunakan non-stik pan titiskan sedikit minyak] * Tak titiskan pun..
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.  * Syrup pan cake

smoga berjaya..

Perbezaan Muffin dan Cupcakes


Mari sama-sama kita pelajari satu lagi info tentang muffin dan cupcakes yang telak ku  C & P dari Kak wan (Citarasawan)

Muffin dan Cupcake kelihatan sama tetapi sebenarnya ia berbeza dari tekstur dan kaedah penyediaanya.





Cupcake atau Kek cawan adalah kek kecil, adunan yang sama dengan kek biasa, teksturnya lembut dan di reka untuk hidangan bagi seorang. Cara membakarnya juga adalah sama dengan membakar kek iaitu pada suhu 180C selama selama 20-25 minit bergantung kepada saiz cupcake.
Muffin pula kelihatan seakan cupcakes kerana di hidang dengan cara yang sama iaitu dalam bekas kecil juga di reka untuk hidangan bagi seorang. Teksturnya lebih kasar dan biasanya menggunakan gula biasa dan bukannya gula halus. Jika membuat muffin, adunan tidak boleh di pukul terlalu lama, cukup sekadar kaup balik hingga bergaul rata. Adunan yang di pukul lama menyebabkan banyak udara masuk dan tidak dapat mengikat adunan dan itulah yang menyebabkan ia sukar untuk kembang, malah ia akan jatuh. Cara membakarnya pula adalah pada suhu yang lebih tinggi iaitu 180C - 200C selama 20-25 minit bergantung kepada saiz muffin. Untuk mendapat muffin yang merekah dan lembut gunakan double action baking powder dan bakar pada suhu 200C.

Puding Kastard Jagung

19hb Februari 2010..
jiran rumah sebelahku buat majlis makan2 setelah baby dia lahir 2 bulan stgah..dia bru je balik dari Kelantan...
ku pun dengan agak2 ghajin + malas menghasilkan puding kastard jagung yang telah ku cilok dari kak wan...
blog citarasawan..



Puding Kastard Jagung




Bahan-bahan

25gm serbuk agar-agar
300gm gula
1 tin susu sejat Ideal
1200ml air
80gm tepung kastard
1 tin jagung cream
sedikit pewarna kuning lemon

Cara-cara
1. Masak serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih.

2. Satukan susu sejat dan tepung kastard kacau hingga tidak berketul, tuangkan ke dalam agar-agar dan kacau biar mendidih sekejap. Masukkan jagung cream gaul rata dan tuang dalam loyang/acuan di sukai.

3. Biarkan suam sedikit baru di masukkan ke dalam peti sejuk.

Tempahan Brownies Cheese- kak zie PJJ

nie tempahan dari kak zie seawal pagi ahad ku dh hntar padanya...he..he..
thanks kak, ghajin kak zie order dari ku..



he..he...
alhamdullilah..dari ape yang telah saya hasilkan adalah paling terbaik utk memuaskan hati sume plggan saya...

Willy Satay-Sg Ramal Dalam..

As..salam..
ari jumaat ari tu cari2 tempat makan yang best2 tetibe je mr google nie search kat blog mber nie sue5976..ada tempat makan kat sg ramal dalam..yang menarik jadi kami pun ambil cik GPS dan trus cari area2 sne..sampai kat shell sg ramal kami pusing2 mencari tempat makan tersebut rupe-rupenyer bertentangan dari shell..jika dari putrajaya selepas country height akan jumpe jejantas dan susur kira akan nmpak kwsan lebih kurg macam food court..

kedai willy satay nie bhgian tepi skali....ku jamu dengan gmbar yang nyum..nyum..




 nyum..nyum..sdap satay nie..
tempat makan yang santai...


 kuah dia biasa je..tapi satay yang sedap...



 air fresh oren dan belimbing juice...

siap nasi goreng cili padi..he..he..

APAM BALIK


APAM BALIK

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C
jagung cream

Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan jagung.
7. Lipat dan hidangkan.

Terms & Condition

Assalammualaikum.....
Alhamdullilah pertama skali ku bersyukur dapat mengembangkan bisnes ini ke tahap blog pula..
w/pun masih terlalu bnyak yang perlu ku belajar..he..he..he

Saya SITI MUNIRAH selaku tuan punya blog dan MURNI DELIGHTS mengucapkan terima kasih kerana sudi menjengguk blog saya..

Syarat-syarat untuk menempah sebarang menu dari Murni Delights...
  • Sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh yang untuk ambil..
    Jika dalam kuantiti yang banyak, hendaklah menempah terlebih awal untuk memudahkan penyediaan yang rapi...
  • Segala PEMBAYARAN boleh digunakan cash dan juga online bank..wang pos tak terima..he..he..he
  • Deposit akan dikenakan untuk segala tempahan...jika pembatalan dalam tempoh yang dekat tarikh ambil deposit tidak akan dipulangkan.
  • Segala Harga yang dikenakan tidak termasuk CAJ PENGHANTARAN.
  • Keluaran menu Murni Delights dibuat sendiri oleh saya selaku tuan punyer blog..
  • Komen dan Cadangan amatlah dialu-alukan...

Tempahan Brownies Cheese

salam...
today ada tempahan dari lyn SPR..
dia mmg paling ghajin skali order kek dariku..
thanks krana bnyak membantu dan mem"promote"kan kek ku ini...
nyum..nyum...
name dia brownies cheese cake..
berat dlm 1kg +++
saiz lebih kurang 9x9...tpi slalu buat lebih prefer 1 adunan..
harga RM 38...
jika ada yang berminat bolehla membuat tempahan...

AYAM MASAM MANIS







Bahan
 
2 keping isi ayam [bahagian dada] [hiris bipis] 
*buat lebih skit ayam.he..he..3 s/b sos cili 
3 s/b sos tomato 
3 s/b minyak 
1 s/k gula 
garam [jika perlu] 
* letak cili padi sebab mmg suke pdas...
*Black paper 2 sdu kecil...1 pokok daun bawang [hiris pendek]** tak letak sebab tak de..

Bahan Hiris 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 
3 cm halia 
3 tangkai cili merah** tak letak ganti cili padi

Cara 
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan dengan sedikit garam. 
2. Panaskan mnyak dan gorengkan ayam sehingga masak. 
3. Masukkan bahan hirs dan kacau rata. 
4. Masukkan sos tomato dan sos cili. Masukkan gula. Kacau rata. 
5. Masukkan daun bawang dan kacau rata. 
6. Hidangkan dengan roti atau nasi putih.


resepi nie mmg sedap sangat ambil dr buku resepi AYAM kak hanieliza..
buku akak liza bnyak gak yang ku kumpul antaranya..
ayam, daging, nasi, minum petang..majoritinyer resepi kak hanieliza mmg top..

cerita cheese tart..

Pelbagai perisa yang terdapat untuk sebarang tempahan cheese tart, boleh lihat gmbar2 berikut...

    Perisa Blueberry...mmg ini faveret flever..he..he..
Perisa Coklat


         
Perisa Strawberry



         

Perisa Kiwi


        

Perisa Lemon

 Rm 1.00/pcs
minimum order 20pcs
sebarang penghantaran akan dikenakan caj tambahan mengikut kawasan
untuk tempahan lanjut bolehla mesej saya di nombor 019-6527564 (iera) @
 facebook saya Siti Iera
tempahan sekurang2nya 3hari dan seminggu untuk tempahan dalam kuantiti yang banyak..




order by kak zie

salam sume,
selamat menyambut MAULIDUR RASUL..
alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi...
nie cheese tart yang di tempah oleh kak zie 
katanya anak beliau suke sgt..thanks izzah..


nie tempahan dari kak zie..pelbagai perisa...
alhamdullilah feedback dr kak zie katanya sedap..
thanks kak zie yang bnyak membantu dan sokongan segala nasihat...jasamu dikenang..he..he..

Tempahan Cup Cakes

Salam...
selamat malam sume...
he..he....he..

semalam tempahan dari untuk ari lahir anak nyer..alhamdullilah..

nie sedikit gambar cup cakes yang telah di tempah oleh kak zie







kak zie yang sporting....dengan idea2 yang ringkas bgini..



pelbagai deco yang telah terhasil...




cantik tak...he..he..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Post

Follower

 

Copyright© Ezahulala