Order oleh Ain Moshie dari shah alam


assalamualaikum...
selamat pagi semua..khamis yang indah..
entri kali ini update order pulak dari ain Moshie selaku sepupu hubby..he..he dari shah alam
katanya kek nie untuk sambutan hari bapa sedunia...
"Selamat Hari Bapa.."
tetibe teringat kata abahku masa wish hari bapa yang lepas..

" satu hari je ke sayang abah hari yang lain tak sayang ke?? sambil tersenyum ku pun menjawab hari-hari sayang abah tapi satu hari sayang bapa..he..he.."
adik-adik bersama suamiku..
hari berseronok bila kami berkumpul..


alhamdullilah dikurniakan abah dan ibu sebaik ini..bersyukur kami adik-beradik membesar dalam didikan yang terbaik dan sempurna..

thanks ibu dan abah kami sayang sangat2..






bye u all...

Kuih Kaswi


assalamualaikum...
hai sume.. alhamdullilah, pagi-pagi sudah hujan lebat,
cer tengok cer tengok gambar dibawah nie..ha..kuih kaswi gitu..he..he i like kuih nie kalau dedulu suke sangat2 makan nenek muda aka nenek sedara selalu hantar kat umah sedap sangat rasanya..cume resepi nenek muda ku itu pakai kapur..resepi yang ini tak pakai kapur..time kasih kepada kak fiza kuih ini menjadi b'fast kami dan kawan2 opis ku..letak je sekejap tak samapai 10 minit settle sume..he..he alhamdulillah 1st try memberi kesan yang terbaik..he..he makin bersemangatla nak try kuih-kuih tradisional ini...
pe pun cer tengok cer tengok gambar ini sambil i mengoda u all sume...
  



Bahan-bahan 

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama


caranya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.


Nasi Bukhari & Company


assalamualaikum...
hai sume..hari yang indah perut pun mula berkeroncong menyanyi lagu dondang sayang..awal pukul 12 nie dondang sayang kejap lagi bila waktu sudah dekat pukul 1 mula la tukar rentak rock kapak..he..he lapar rasanya.. bila tengok-tengok album ada lagi rupenyer menu yang tak berupdate, dengan pantas ku pun menaip sambil menelan air liur mencuci mata melihat gambar dibawah..he..he jika ada yang berminat bolehla try resepi simple ini..sedap dan mudah..

 
Nasi Bukhari & company...
 Nasi Bukhari

• 1 kg beras basmati, dicuci bersih dan toskan
• 900 ml air
• 1/2 tin susu cair
• 3 biji bawang besar, dihiris
• 10 biji bawang putih, dikisar
• 2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
• 4 kelopak bunga lawang
• 4 kuntum bunga cengkih
• 3 biji buah pelaga 
* penumis yang rm 0.50 sen
• 1 senduk minyak sapi/ majerin
• bawang goreng, untuk hiasan
• garam secukup rasa


Cara-cara


1. Panaskan minyak sapi/majerin dalam periuk nasi diatas api, masukkan penumis. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.


3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan atas nasi dengan bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak tabur bawang goreng dan hidangkan

Resepi Dalca klik disini

Resepi Ayam Masak Merah klik disini 


                                                Selamat mencuba






Pisang & Khasiat

                          

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.



Khasiat                             

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya. Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.





Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

  • “Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
  • “Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
  •  selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
  •  mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
  • orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
  • Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
  • mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
  • membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
  • “Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
  • sumber dari Kosmo

                               

Order cheese Tart dari kak Arra RH



assalamualaikum...
hai semua..sihat ke entri kali ini nak update tempahan dari pelanggan Murni Delights..kak arra dari ratuhati dan juga member dari alam maya Facebook.. seronok bila dapat berkenalan ramai kawan-kawan dari alam sebegini....he..he nak cite actually kak arra dah order lame dah nie baru nak update.. soory erk, kak arra order cheese tart coklat, bluberry dan strawberry..layan gambar di bawah.. i goda u all sume..he..he

cheese tart order oleh kak arra
kami jumpe di taman mainan PICC..seronok dapat jumpe anak-anak kak arra yang comel lotte...memang sporting..he..he seronok main buaian..sampai tak nak balik..

nie anak kak arra ..soory syg auntie lupe nama la..
nie lagi sorang, comel tak saya????


komen dari kak arra melalui sms :
sedapla cheese tart tue dieorang suke coklat pas nie order coklatla..
akak sume ok, diorg je perabihkan coklat dulu..




alhamdullilah, senang hati bila dengar pelanggan memuji begitu..
insya Allah murni Delights memberi yang terbaik utk anda semua..


ok la bye u all..
















Daging Masak Kicap


DAGING MASAK KICAP versi sendiri punya...

bahan-bahan yang terdapat dirumah

500g daging ( rebus separuh lembut)
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1.5cm halia
2 kuntum bunga lawang
1batang kayu manis
10 cili padi (ikut bagi yang suka pedaas)
2 sudu cili kisar
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu kicap pekat
4 sudu kicap manis
1 sudu black paper kisar
sedikit air, ikut bagi yang ingin kuah banyak boleh lebihkan
garam secukup rasa
cili merah & lobak hiasan

cara-caranya
  • tumis bawang merah, putih dan halia, bunga lawang, kayu manis kacau hingga naik bau dan garing
  • masukkan cili kisar masak/garing kemudian masukkan black paper, cili padi dan daging kacau hingga daging agak-agak kecut
  • kemudian masukkan kicap pekat dan kicap manis secukup garam dan air, biarkan sampai ianya mendidih dan kecilkan api bia reneh seketika
  • akhir sekali masukkan lobak dan cili merah untuk hiasan..




New Design lagi.....taraaaa

assalamualaikum...
entri 1 st untuk hari ini..seperti yang dijanjikan Murni Delights akan memaparkan gambar-gambar yang cantik-cantik lagi mengoda..he..he nie design terbaru dari murni delights sempena hari bapa sedunia pada 19 jun yang lalu..actually kek nie order oleh sepupu ku kak ila dari putrajaya..kek ni order half je.. seperti biasa ku masuk dalam bekas dia tapi kali ini saje je ku deco-deco sikit untuk sepupu sendiri juga..he..he untuk suami beliau.. agak-agak korang sume ok tak deco ini.. ??? simple je erk..he..he ape pun korang tengokla gambar yang ku upload untuk tatapan pengunjung-pengunjung Blog Murni Delights sambil mengoda selera dan iman..he..he.. okla nak tulis panjang-panjang pun tak boleh ari nie ada masalah besar punyer..ape pun layan...

Happy Father's day


Cantik tak
bye....

Kursus




assalamualaikum..
hai sume..
sudah bberape hari tak update blog..actualy 1st skali gambar-gambar dalam kamera telah ku pindahkan ke lappy lepas tu bnyak gambar-gambar yang baru-baru hilang..pelik jugak may be salah paste agaknyer..
nak update order, menu-menu yang pernah buat pun terlepas..he..he
naik je keje ari isnin dah mula sibuk ku..


ari selasa ari nie ler ada kursus..bertambahla tak update blog ini..
insya allah esok akan ku update dengan menu dan gambar-gambar yang menarik
okla bye sume nak pergi dewan sambung kursus untuk ari ini...


Nasi Minyak & The Gang









Nasi Minyak


1/2 cawan butter / minyak sapi
4 biji bwg putih,dicincang
2 biji bwg besar,dihiris
1.5 cm halia

4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji lada putih,ditumbuk
* saya guna rempah ratus yang sepeket tu RM 0.50 sen/ RM 1.00


 4 cawan beras basmathi *
4 cawan air *
2 cawan susu cair*
2-3 titik pewarna kuning
3 helai daun pandan
garam ikut rasa


cawan kismis *
gajus*
buah badam *
* guna cawan yang sama
* cadangan


cara-cara
1. panaskan kuali dan masukkan butter, sampai butter cair
2. Masukkan rempah ratus, tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau...
3. Masukkan daun pandan sampai naik bau
4. Masukkan beras gaulkan sehingga sekata, masukkan susu cair gaul sekata
5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
6. Masukkan kismis, gajus, @ buah badam gaulkan, letak bawang goreng untuk hiasan.




AYAM MASAK MERAH (sumber :kak Hanieliza )

Bahan-Bahan: 

1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar: 
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara: 
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.



Acar Timun Kobis & timun ( sumber sendrian bhd.)


1 timun - potong memanjang
1 lobak - potong memanjang 
1/2 kobis sederhana - potong racik-racik


campur kesemuanya masuk dalam air dan simpan dalam peti selama setengah jam untuk ranggupkan sayur, kemudian toskan didalam tapis..


after tu limau kasturi 3 biji ikut masam, gula 1 sudu ikut manis, campurkan dan gaulk dengan sayur dan rasa..ikut citarasa sendiri...


simple dan mudah selamat mencuba...

PERANG BLOGGER ..



Santai Bersama BEN ASHAARI

selamat petang sume...
jom kita berperang......
layan..
berminat??? klik gambar di atas..

Baik punya

hai sume...
tak mahu cakap panjang-panjang entri kali ini untuk peminta-peminat corelle, corning ware, vision, pyrex dan seangkatan dengannya..he..he ini sume gambar dari sumber Kedai Haji ismail group, dan Langkawi Saga, mase di Idaman Suri tak sempat ambil gambar dan bateri kamera pun nyawa-nyawa ikan..he..he
jadi layanla gambar-gambar ini..sambil cuci mata ambil nota simpan duit jom shopping langkawi murah giler...









amacam sudah tengok...ape perasaan anda..
saya nyer perasaan jadi geram dan syiok bila dapat satu dua jadi kenangan...
layan...

Gerhana Bulan



assalamualaikum....
hai sume.. khamis yang tenang dalam cuaca yang mendung, indahnya...malam tadi gerhana bulan!!!!! pukul 10 gelap je.. he..he.. jom layan citer tentang gerhana bulan...

sumber dari : Falak
Fasa-fasa penting Gerhana Bulan Penuh nanti

Written by shahgazer Tag: gerhana bulan, blog shahgazer's blogLogin to post comments
(Photo credit and copyright to Fred Espenak)

                            

Fasa-fasa penting sewaktu Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 nanti. Grafik adalah daripada utiliti di laman web http://shadowandsubstance.com// . Semua hakcipta adalah daripada laman web tersebut. Saya tidak buat sebarang modifikasi terhadap screenshot tersebut. Oleh itu perhatikan tarikh yang dipaparkan 15 Jun waktu Universal. Kejadian Gerhana berlaku di Malaysia berlaku apabila sudah masuk ke tarikh 16 Jun Waktu Malaysia.

Saya syorkan lawati laman web http://shadowandsubstance.com/ untuk melihat animasi Flash gerhana tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------

1.22 PAGI
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Dijangka tidak banyak perbezaan cahaya yang boleh dilihat, malah boleh dikatakan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh dilihat dengan mata. Oleh itu, rileks dan jangan gopoh-gopoh! :-)


------------------------------------------------------------------------------

2.22 Pagi
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang umbra. Kini jelas kelihatan satu bayang-bayang gelap memasuki satu sisi Bulan. Semakin lama ia akan semakin besar dan mula menutupi bentuk bulatan Bulan tadi. Bulan penuh tidak kelihatan bulat lagi!


--------------------------------------------------------------------------------

3.21 Pagi
Secara rasminya, Bulan sudah memasuki sepenuhnya kawasan bayang-bayang umbra. Maka fasa Gerhana Penuh pun bermula. Bulan dijangka tidak akan gelap sepenuhnya, dan akan kelihatan kemerah-merahan.



--------------------------------------------------------------------------------

4.12 Pagi
Bulan berada di pertengahan fasa gerhana penuh. Ini bermaksud ia sudahpun berada dikawasan paling 'dalam' bayang-bayang umbra. Ketika ini gerhana berada pada puncaknya dan Bulan akan berada pada kecerahan yang paling malap.


--------------------------------------------------------------------------------

5.02 Pagi
Bulan secara rasmi sudah menamatkan perjalanannya di dalam bayang-bayang umbra, dan mula memasuki kawasan penumbra yang kurang gelap tadi. Bentuk bulan masih lagi sompek, tidak bulat.


--------------------------------------------------------------------------------

6.02 Pagi
Bulan secara keseluruhannya sudah keluar dari kawasan umbra dan kelihatan seperti hampir sediakala. Namun ia masih berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra.


--------------------------------------------------------------------------------

7.02 Pagi
Tamatnya gerhana. Bulan sudah pun keluar terus daripada kawasan bayang-bayang Bumi di angkasa! Jom tunggu Gerhana Penuh seterusnya pada 10 Disember 2011 pula!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

 

Copyright© Ezahulala