Selamat Menyambut Ramadhan







Selamat Menyambut Ramadhan dari saya buat kalian semua...maafkan dosa saya jika ada tersilap bicara terlajak kata...semoga Ramadhan kali ini memberi Keberkatan yang tidak terhingga aminn...

^..Sup Tulang..nyum..nyum..^


Sup Tulang..pebret suamiku...
 hai tambah resepi lagi...
sup tulang memang menjadi kegemaran kami berdua..Sup tulang nie menu istimewa ..actually menu nie untuk suami yang baru je menyambut hari lahir beliau, en suami memang suke sangat menu nie.. sampai bertambah-tambah kalau ada sup tulang dan dipadankan kicap cili api..perghhh memang menjilat jari..ok layan resepi sdn bhd nie..

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/2  kg tulang dan daging
(Rempah Tumis) peket 50sen/rempah sup tulang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 1/2 inci halia*
5 ulas bawangputih*
1 ulas bawang besar *
1/4 camca kecil lada hitam
1/4 camca kecil lada putih
1/2 camca besar rempah sup/rempah kurma
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
lobak/Saderi untuk tambahan
*hiris



CARA MEMBUATNYA :-)
  • Bersihkan daging/tulang dan rebus hingga separa empuk..untuk resepi kali ini saya rebus selama 2jam 30 minit.
  • Tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih serta halia sehingga naik bau, masukkan rempah sup @ rempah kurma..dan tutup api
  • masukkan bahan tumis ke rebusan tulang yang telah separa empuk, tambahkan lada hitam dan lada putih.
  • Perasakan dengan garam, dan masak lagi sekejap. masukkan sayur lobak & saderi, Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.
cadangan menu untuk Sup Tulang + Kicap Cili Api + Telur Dadar...layan.....
bye.....

re'order dari kak zie-pjc

assalamualaikum....
hai semua..
entri ke dua ari ini update order dari kak zie officemate.. buat kek brownies cheese siap potong-potong  bagi mudah untuk dimakan... ntah kali keberapa la kak zie order dengan murni delights...thanks kak zie banyak bagi dorongan dan sokongan sepanjang Murni Delights ditubuhkan...alhamdullilah..okla tak nak pot pet pot pet panjang-panjang layan gambar brownies cheese...



pssssttt... sesiapa yang berminat nak tidur di Homestay Putrajaya leh la hubungi kak Zie @ online la ke blog beliau...klik sini
 bye

Happy Birthday........


Tanggal 21 Julai 2011 genaplah umur suamiku 29tahun..
sebagai hidangan istimewa ku belikan Kek Ais krim yang begitu sedap rasanya & menu nasi Serai..





Happy Birthday to my beloved..
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rzki...
aminnnn

Nasi Serai nyum..nyum

..


Sumber asal  : dari kak nor@secubit garam
resepi yang telah di edit: murni delights


bahan-bahan
2 cawan beras basmati1/2 labu bawang besar racik halus
3 ulas bawang putih racik halus
1 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 btg serai ~ dititik/ketuk
garam
2 1/2 cawan air
2 sudu besar butter
sdikit pewarna hijau apple


                   


Panaskan butter dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan  garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak dan bolehla letak sedikit pewarna utk cantik..
sesuai dimakan bersama ayam masak merah, ayam masak sos, dan pelbagai lagi mengikut selera anda semua... 

Order Dari liza - PJC


selamat hari jumaat..
hai..pagi yang indah..mendung dan tenang...
alhamdullilah dapat lagi menghirup udara yang nyaman ini..
actually seperti biasala pagi-pagi jumaat ini sibukla skit...hari ini ada taklimat tender jadi memamg ler busy... dalam kesibukan ari jumaat ini sempat lagi nak update blog...erk sibuk ke macam nie..he..he saya hnaya membantu projek rakan yang lain..
actually saya semakin malas dan letih mengupdate order sejak akhir-akhir ini..banyak gambar-gambar yang belum saya edit untuk tatapan semua...jadi layan la gambar brownies cheese yang telah di tempah oleh rakan pejabat saya..brownies cheese ini versi kecik untuk pasangan-pasangan seperti saya yang masih berdua ke bertiga ke..he..he..tak ramai yang nak makan...he..he ape lagi layan la gambar brownies cheese ini....daaaaa


bye..

New Design again..



assalamualaikum...

hai sume...entri kali ini...seperti biasala..kembali dengan design-design terbaru...actually kek nie di order oleh sepupu saya..Abg amir untuk isteri dan anak beliau..suprise katanya..

Happy Birthday to Kak Ila & Baby Alia...
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
aminnn


layan gambar ini..cantik tak..ada mengoda u all..
bye...

Strawberry Cheese Cake

Alhamdullilah bersyukur kehadrat ilahi, akhirnya berjaya saya membuat cheese cake yang telah lama saya impikan..hik..hik lain je bunyinyer..actually dulu saya pernah masuk kelas ngan cikgu noraini belajar kelas cheese cake tapi sampai saat dan ketika ini saya memang tak pernah buat cheese cake kecuali brownies cheese..kami memang bukan pengemar cheese..tetapi bila terlihat godaaan gambar dari kak suhaida saya terus bersemangat..maka terhasilla Strawberry Cheese Cake ini...
thanks kepada Kak Suhaida dan kak Sue Aleen selaku sifu2 dan sumber inspirasi..


Bahan A (base)

180gm cream cracker Jacob * Biskut Oreo hancurkan 200gm 
120gm butter

Bahan B (Cheese)
250gm cream cheese
250ml whipping cream
140gm gula castor
2 sudu besar jus lemon * tak de stok tak letak
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit
*Beberapa biji strawberi dipotong halus * tak de stok tak letak ganti filling strawberry

Bahan C (Topping) * untuk gambar ini saya tak buat topping
1 sudu besar gelatin
1/2 cawan strawberry filling
1/3 cawan air
Sedikit buah strawberi utk hiasan

Cara membuatnya:

Bahan A
1.Cairkan butter, hancurkan biskut oreo hancur

2.Gaul sebati dan kemudian mampatkan dalam loyang bersize 8”

3.Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan B.
1. Masukkan gelatin ke dalam air. Panaskan dengan cara double boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.

2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan jus lemon hingga adunan menjadi sebati.

4. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

5. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.

6. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.

7. Kemudian, letak kan beberapa sudu kecil filling  strawberi  dan corakakn menggunakan lidi di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan cheese sampai habis.

8. Ratakan. kemudian letak lagi beberapa sudu filling strawberry dan cokrakkan kembali..

9.Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.


Bahan C

1.Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.

2.Kemudian, masukkan ½ strawberi filling dan kacau sebati.

3.Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya.

4.Tuangkan adunan topping dan ratakan. Masukkan kembali dalam peti sejuk.

5. Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.

Selamat Mencuba..



NASI GORENG TOMYAM


hai selamat malam...update entri kalii ini resepi Nasi goreng tomyam... menu makan malam beberapa hari yang lepas...kehabisan idea nak masak ape..skali sekala makan menu nasi goreng menarik jugak...dapat pulak resepi kak nor .. yang memang sumber inspirasiku..tak mahula membebel panjang ape lagi..kalau berhasrat mencuba dialu-alukan memang terbaik..

resipi : Rabiatun

Bahan:
2 mangkuk nasi putih *(saya buat 3 mangkuk)
7 ekor udang sederhana besar-dibuang kulitnya, tinggal bhgn ekornya
2 ekor sotong-diptg ikut suka
1 keping isi ayam-dihiris nipis *(tak de stok)
5 ulas bawang merah-dihiris halus
3 ulas bawang putih-dihiris halus
3 tbsp perencah tomyam knorr * (saya guna 1 kiub tomyam + 2 sudu perencah tomyam)
4 biji cili api (diketuk)
1/4 btg carrot- diptg memanjang
sedikit kobis
1/2 btg seleri-dihiris serong2 *(tak de kat umah)
1 btg serai-diketuk
1 biji telur- dikacau terlebih dahulu
minyak untuk menumis

amacam kak nor ok ke takk..

Cara:
1). Tumis bawang, serai hingga wangi.
2). Masukkan perencah tomyam (boleh tambah sedikit air takut ia cepat hangus pula), masukkan cili padi. Kacau.
3). Masukkan udang  serta sayuran lain. Gaul.
4). Masukkan nasi, kacau sebati dan rata. Alihkan nasi ketepi, tuang telur dan biarkan sekejap dan kasi telur tu hampir beku, barulah dikacau keseluruhannya. (ini utk mengelakkan ianya hanyir).

selamat mencuba

Ros Selamanya - Floria

                                                        


Perbadanan Putrajaya sekali lagi mengalu-alukan kedatangan serta kunjungan YBhg. Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan serta seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan ke FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA (FLORIA PUTRAJAYA 2011) yang bermula 9 hingga 17 Julai 2011 (9 hari) di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dengan bertemakan - Mawar Untuk Selamanya (Roses Are Forever) dan terdapat lebih 100 spesies Bunga Mawar (Rose) serta lebih 200 program/aktiviti harian pelbagai hiburan, bengkel, demo dan program perkebunan serta Perarakan Bot Berhias dan disusuli dengan pertunjukan Bunga Api (Firework) yang akan diadakan pada setiap malam bermula jam 8.00 malam.


Ros Putih




 
        
Ros Merah




                                                 Ros kuning



                                

                                               Ros biru

Datanglah beramai-ramai ke FLORIA PUTRAJAYA 2011 yang menjanjikan suasana yang meriah dan mengkagumkan semua pengunjung-pengunjung yang hadir. Datang jangan tak datang….. 
                                                             
pertanyaan lanjut : Klik Disini & Disini

                                                                       





Biskut Choc Chips

Assalamualaikum...
hai selamat tengah hari sume..
menu ape ari nie makan tgah hari..
saya lauk pucuk ubi masak lemak ngan ayam goreng..
memang menyelerakan..aik merapu plak pasal makanan...
actually resepi nie baru je cuba..ternyata tidak sia-sia..mase bakar baunyer harum semerbak terseksa agaknyer orang yang tinggal satu blok dengan saya...bau yang menusuk kalbu ala-ala pemes ames gitu..hik..hik
resepi nie sumber dari kak ida RH
layan gambar dulu..amacam ok tak... 
Biskut Choc Chips

Bahan-bahan:

450 gram self raising flour
2 biji telur (2 kuning dan 1 putih)
250gram butter
170gram gula halus * saya kurang ke 150g
170gram gula perang * saya pakai 200g
170 gram chocolate chips
3 sudu besar serbuk koko - i tak masukkan yang ni, lebih suka plain
170gm almond(resepi asal pakai cashewnuts)- saya guna almond nib + hazelnut
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecik vanilla essence
Setengah sudu kecil garam


Cara-cara:
1.Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan vanilla essence, telur dan garam dan pukul lagi.
2.Masukkan tepung dan bicarbonate of soda yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul lagi, use the dough hooks sebab adunan ni agak kental. Masukkan chocolate chips dan almond, kacau rata.
3.Ambil sesudu adunan, bulatkan dan tekan dengan garfu atas dulang pembakar(nonstick).
4.Bakar pada suhu 160'c selama 15-20 minit.
(Kalau nak pakai cocoa powder may be you should reduce the amount of sugar macam dalam resepi asal.)
Memandangkan saya tak suka manis, jadi saya kurangkan sedikit kuantiti gula.
Dan inilah hasilnya
 
thanks kepada kak suhaida kerana kongsi resepi nie..mmg sedap..hik..hik

amacam ada tergoda..ape lagi cepat ler try...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

 

Copyright© Ezahulala