Puding Roti

Sebelum dibakar..

RESEPI PUDING ROTI
Sumber dari : Kak Noni Rostam
** Merah nie cara Murni Delights

Bahan-bahan :-
  • Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll. - saya pakai roti Gardenia Butterscoth 1 buku..syg plak tak habis..
  • Susu full cream 2 cawan
  • whipping cream 2 cawan
  • gula 1 cawan
  • telur 6 biji
  • esen vanila 1tsb
  • butter 4 tsb - Tak Letak
  • kismis Ikut Suka
  • serbuk kayu manis. 1tsb
  • Coklat Chip - ikut Suka


Cara-caranya:

  • Sapu butter pada dasar mangkuk loyang 9 x 9. Susun roti di atas.
  •  Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi.
  •  Biarkan roti kembang selama sejam. - saya biarkan 15minit je
  • Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar.
  •  Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 110 darjah celsius.
  • Bakar selama 50 minit, agak2 masak selalunyer dia depends pada oven

Sos Krim.


Cara-caranya.

  • Panaskan satu liter susu full cream. 
  • Gula mengikut manis. 
  • Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat.
  •  Bubuh 1 sudu esen vanila. 
  • Kacau sehingga halus dan likat. 
  • Angkat. Sejukkan.
 
Jeng..Jeng..dh jadi bawa bekal.. :) 

tq kak Noni Rostam, sangat sedap puding nie...yummie..
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala