Showing posts with label Aktiviti/Tips/Petua. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti/Tips/Petua. Show all posts

Salam Ramadhan


Assalamualaikum...
Bulan yang mulia ini Murni Delights mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, walaupun agak terlambat dengan kesibukan segala macam kerja. Murni Delights memohon keampunan jika sepanjang berniaga atau berkawan ada terkurang, terkasar bicara janganlah berkecil hati, keranaku hanya insan biasa.

Tempahan kek pada bulan puasa same  seperti hari2 biasa.
cume ada tambahan jualan Biskut dan Kek Lapis Raya 2013 

Puding Roti

Sebelum dibakar..

RESEPI PUDING ROTI
Sumber dari : Kak Noni Rostam
** Merah nie cara Murni Delights

Bahan-bahan :-
  • Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll. - saya pakai roti Gardenia Butterscoth 1 buku..syg plak tak habis..
  • Susu full cream 2 cawan
  • whipping cream 2 cawan
  • gula 1 cawan
  • telur 6 biji
  • esen vanila 1tsb
  • butter 4 tsb - Tak Letak
  • kismis Ikut Suka
  • serbuk kayu manis. 1tsb
  • Coklat Chip - ikut Suka


Cara-caranya:

  • Sapu butter pada dasar mangkuk loyang 9 x 9. Susun roti di atas.
  •  Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi.
  •  Biarkan roti kembang selama sejam. - saya biarkan 15minit je
  • Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar.
  •  Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 110 darjah celsius.
  • Bakar selama 50 minit, agak2 masak selalunyer dia depends pada oven

Sos Krim.


Cara-caranya.

  • Panaskan satu liter susu full cream. 
  • Gula mengikut manis. 
  • Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat.
  •  Bubuh 1 sudu esen vanila. 
  • Kacau sehingga halus dan likat. 
  • Angkat. Sejukkan.
 
Jeng..Jeng..dh jadi bawa bekal.. :) 

tq kak Noni Rostam, sangat sedap puding nie...yummie..
 

Sedih...

Assalamualaikum...

selamat pagi semua...
sedih skit..mood down, memori kad rosak..habis sume gambar kek hilang...gambar tempahan sekelip mata je..tak tahu macam mana jadi macam nie, memori kad ok bila cek dia full tapi bila nak tengok gambar tak boleh...:(

Kaw kaw Burger (Lokas Makana) Puchong



Medan Selera Lokas Makana


nie la dia KAW KAW Burger




Proses pembuatan..hik..hiki


beratur panjang sikit..


Nie harga nyer..same je kalau beli kat fast food..




Beef Single + Cheezy Baconizer + Set Meal (includes 3 Sosej)
mmg yummie sgt..tak terluah bila nak cerita..
dengan kenikmatan cheese dan daging yang sedap..
cukup rasanyer..



Chicken Single Cheezy..yummie..
mmg sedap ala2 mc ciken deluxe tau..



Posing skali sebelum makan...mmg terbaik...


Nie ada sengget skit..
amacam mengacam tak...pergh terbaikkan..
Berminat ke??? meh ada peta skit tunjuk kawasan lokasi tersebut..


lokasi tersebut..:) harap dapat membantu..



SOORY AGAIN..

MAAF,  Tempahan untuk tarikh 6 APRIL SEHINGGA 15 APRIL Telah PENUH, bagi tempahan SELEPAS tarikh tersebut masih KOSONG lagi...sesiapa yang berminat PM saya.. FB MURNI DELIGHTS

Soory...

 
Maaf tempahan telah penuh dari 27 Mac sehingga 1 April..untuk tempahan tarikh selain itu masih dibuka..tq ;)

Tired







Saya terlalu penat...
hanya ini mampuku tulis
sekian

My Birthday..

today my birthday..
Thanks kawan-kawan yang telah wish....
thanks juga pada semua pelanggan Murni Delights
alhamdullilah bersyukur sangat kini umur saya yang ke
25 tahun...
semoga tahun nie memberi 1001 kegembiraan

kejutan yang di terima malam tadi oleh my love..
dmy love dah tido then dia letak sampul bawah bantal...
hik..hik.. nak tgok ape isi dalam dia...

lukisan dari hubby...
hik..hik

ok bye..




Kerna Terpaksa


Maaf, Tempahan Untuk HARI RAYA telah PENUH..Murni Delights akan Bercuti selama seminggu bermula 28hb Ogos dan akan menerima tempahan kembali 6hb September 2011, Jika ada yang berminat untuk tempahan OPEN HOUSE telah dibuka...


Ayam Penyet Ria, Cyberjaya



assalamualaikum...
selamat pagi hai semua, sudah lame saya tak berupdate blog lebih-lebih lagi mengenai tempahan dan menu berbuka..antara sebab tak dapat update..
  • 1st sekali bulan-bulan pose nie memangla tak cukup jam, tak cukup masa..rasa macam nak tambah lagi 25jam sehari erk boleh ke..he..he
  • 2nd kamera nie sekarang asyik-asyik buat hal je tak kamera buat hal kabel buat hal.. ada saje halangannyer.. agaknyer kamera merajuk kot..
  • 3rd keje kat opis nie macam biasalah bulan puasa dah separuh bulan kerja pun makin berlambak-lambakla cover Hari Raya punya cuti..he..he
macam-macamkan..bulan pose sabar je la jadi nie gambar yang sempat ambil dari kamera semalam..jadi edit mane yang patut..nak edit pun kat opis nie leceh gak..kadang-kadang OK kadang-kadang KO..layan je la..ape aku membebel nie..he..he ok actually nie tempat yang kami pada 31 Julai baru nie..mase tu demam jadi tekak tak tentu rasa teringin sangat nak makan ayam penyet jadi paling dekat ayam penyet ria di cyberjaya, biasa kami akan ke puchong @ Klang untuk makan ayam penyet Ap..1st time kami try ayam penyet ria nie rasa biasa je tetapi sedap lagi ayam penyet Ap..may be ikut selera masing-masing la erk..


Nie la ayam penyet Ap



 layan gambar Ayam Penyet dan  Gado-Gado
jangan tergeliur pulak..


Ayam Penyet Ria
Cottage Walk, Persiaran APEC, Cyber 6,
63000 Cyberjaya
Cyberjaya.

JUalan Hari Raya 10 - 14 Ogos 2011

Jualan Hari Raya Putrajaya

assalamualaikum...
hai semua..kali ini nak update untuk jualan hari raya yang berlangsung di putrajaya dari semalam hingga la hari ahad nanti..terdapat banyak barang-barang yang murah-murah... antara susu tepung dutch lady utk 123 & 456 dari RM26.50 diskaun RM 20.00..air Twister Rm 6.50 diskaun RM 5, Corn Flakes yang nak buat kuih hari raya dan macam-macam ada..
antara barang-barang yang terdapat disitu..antaranya body Shop,Akemi, Samsung, Julies, Adabi, Nor Arfah Batik, Polo, Baju Baby, Kasut, Poney, TIlam, Samsung, Baju Lelaki & perempuan..dsb..
datang jangan tak datang



Lokasi di Presint 2, sebelah Kementerian Perumahan & Bahagian pinjaman perumahan

Benarkah Golden chain butter disahkan ada DNA Babi????

ASSALAMUALAIKUM.....

selamat pagi semua..semalam dapat email dari member yang order kek Lapis dari Murni Delights, dia menanyakan adakah benar hebahan yang berlaku ini..saya pun sebenarnya tak berapa pasti tetapi selepas membaca semuanya dan mencari sedikit info-info berkenaan dengannya adalah yang terbukti sedikit..tapi masih mengelirukan..

 amat mengerunkan semuanya..isy..isy..isy..takutkan.. actually saya bersyukur dengan persoalan yang telah dilemparkan oleh pelanggan-pelanggan setia murni delights... Alhamdullilah sepanjang berniaga tidak pernah sekali pun menggunakan butter jenis ini untuk dibuat sebarang produk atau menu dari murni delights..kebiasaannya kami menggunakan ButterCup @ buttermas...kerana ianya lebih yakin..

dibawah diantara info yang telah tersebar di email-email ofis saya...bacalah..kemudian selidik balik sama ada ianya benar atau tidak..sebab ada yang terbaca ianya hanya Golden Chain Butter yang dijual di sarawak sahaja..kerana ianya terdapat 2 syarikat pengeluar..ntahla..jom kita selidik bersama



WASPADA: DNA Babi Di Dalam Makanan!!!
selatanonline


KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. -BH






Kesan DNA babi




TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari


Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.


-HM


GB


Posted by tok_aji



Untuk makluman dan perhatian semua umat Islam. Berhati-hati semasa membeli belah bahan makanan di pasaraya…. pastikan butter (mentega) yang dibeli adalah halal, bukannya mentega seperti di bawah ini….



Dipanjangkan Memo Makluman daripada Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama
Johor yang mendapati mentega jenama Golden Churn Creamery Butter keluaran New Zealand mengandungi DNA babi….



Sumber: Chef Amer
newsfowarder™ wrote:
Subject: Golden chain butter disah ada DNA Babi



salam semua,
kajian telah dibuat oleh Jab Agama Johor dan mengesahkan produk golden chain butter ada DNA babi, namun ia telah dipertikaikan, tadi aku tengok dlm berita NTV7- ia telah DISAHKAN ADA DNA BABI- Jab agama meminta sesiapa shj yg telah menggunakan butter ini supaya menyamak bekas2 penggunaanya,
dan kpd yg telah termakan...aku tak tau..
(rujuk berita jam 7 tadi ntv7)

info dari Jakim mengenai kekeliruan status halal



Menu Berbuka Ramadhan - 1

Assalamualaikum...
hai semua..sihat ke ? Alhamdullilah hari kedua berpuasa, harapnya tahun ini dapat berpuasa penuh pada  bulan ramadhan..he..he.. aminnnn, sebenarnya dari hari sabtu lagi ku sudah demam berjangkit dari hubbyku.. Ahad malam demam makin teruk badan pun semakin panas..selsema makin teruk batuk makin bertambah-tambah kuat..telah pergi ke klinik alhamdullilah semakin beransur pulih..hari isnin ku MC..tapi hari ini ku telah bekerja seperti biasa cume tinggal batuk dan selsema sedikit..Insya Allah harap ianya segera beransur pulih...hendak dijadikan cerita semalam MC pada waktu petangnya kuguna sepenuhnya menyediakan lauk untuk berbuka pada hari pertama ramadhan 1432..Alhamdullilah seringkasnya lauk yang ku sediakan menarik perhatian suamiku yang begitu berselera menjamu menu yang telah disediakan...

antara menu Berbuka yang telah ku sediakan pada 1 ramadhan kali ini :

1. Nasi Putih
3. Sambal Kicap
5. Air Milo Ais & Air Suam
6. Kurma
7. Puding Coklat











Selamat Menyambut Ramadhan







Selamat Menyambut Ramadhan dari saya buat kalian semua...maafkan dosa saya jika ada tersilap bicara terlajak kata...semoga Ramadhan kali ini memberi Keberkatan yang tidak terhingga aminn...

Happy Birthday........


Tanggal 21 Julai 2011 genaplah umur suamiku 29tahun..
sebagai hidangan istimewa ku belikan Kek Ais krim yang begitu sedap rasanya & menu nasi Serai..





Happy Birthday to my beloved..
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rzki...
aminnnn

Ros Selamanya - Floria

                                                        


Perbadanan Putrajaya sekali lagi mengalu-alukan kedatangan serta kunjungan YBhg. Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan serta seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan ke FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA (FLORIA PUTRAJAYA 2011) yang bermula 9 hingga 17 Julai 2011 (9 hari) di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dengan bertemakan - Mawar Untuk Selamanya (Roses Are Forever) dan terdapat lebih 100 spesies Bunga Mawar (Rose) serta lebih 200 program/aktiviti harian pelbagai hiburan, bengkel, demo dan program perkebunan serta Perarakan Bot Berhias dan disusuli dengan pertunjukan Bunga Api (Firework) yang akan diadakan pada setiap malam bermula jam 8.00 malam.


Ros Putih




 
        
Ros Merah




                                                 Ros kuning



                                

                                               Ros biru

Datanglah beramai-ramai ke FLORIA PUTRAJAYA 2011 yang menjanjikan suasana yang meriah dan mengkagumkan semua pengunjung-pengunjung yang hadir. Datang jangan tak datang….. 
                                                             
pertanyaan lanjut : Klik Disini & Disini

                                                                       





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala