Kerna Terpaksa


Maaf, Tempahan Untuk HARI RAYA telah PENUH..Murni Delights akan Bercuti selama seminggu bermula 28hb Ogos dan akan menerima tempahan kembali 6hb September 2011, Jika ada yang berminat untuk tempahan OPEN HOUSE telah dibuka...


Tempahan Hari Raya

Pertanyaan lanjut

Kek Lapis Asam Manis
RM 22
Saiz 8" x 2.5"

Kek Lapis Coklat
RM 22
Saiz 8" x 2.5"

Tat Nenas
Inti Nenas Homemade
RM 22 - lebih kurang 50pcs


Kek Lapis Rempah
RM 22
Saiz 8" x 2.5"


Tempahan Kuih & Kek Hari Raya
Murni Delights akan bermula esok
dan tempahan terakhir pada 15 Ogos 2011
   

Menu Berbuka Ramadhan - 6





assalamualaikum...
hai semua..selamat pagi..
entri kali ini nak update menu-menu berbuka yang terlepas update, kabel kamera nie sudah mula buat hal pulak..entri ini untuk menu berbuka ramadhan ke 6, mesti semua pelik mane perginyer menu berbuka ramadhan yang ke 4 & 5.. ramadhan yang ke 4 tertinggal kamera di pejabat jadi tak dapatla ambil gambar menu berbuka ari itu dan ramadhan yang ke 5 kami berbuka dalam kereta semasa perjalanan pulang ke Melaka kg halaman ku..jadi untuk menu berbuka ramadhan yang ke 6 nie istimewa sikitla sebab berbuka ramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain...antara menu-menu yang telah disediakan oleh my mum dan murni....

1. Nasi Putih
2. Ayam Panggan Ala-ala Kenny Rogers - permintaan my mum..
3. Butter Prawn - permintaan en suami
4. Sayur Campur
5. Bubur Lambuk..
6. Kurma
7. Air Bandung nyum..nyumm


Butter Prawn yang memang sedap tak rugi try resepi nie..
actually butter prawn tu 1st time buat mase bace resepi tak bace sampai habis..rpenyer kene pakai minyak yang banyak mase yang hasilkan sarang tu..murni pulak pakai minyak sikit je..he..he jadila cam gitu rupernyer..tapi hasil memang marvellouse....menjilat pinggan he..he aipp tak sopan pulak..

Sayur Campur Simple



Butter Prawn

hai semua..
nie butter prawn yang murni buat..he..he 1st time buat w/pun tak jadi jaring-jaring telur tu tapi rasanya memang sedap...thanks kak nor..

Sumber resepi dari Kak nor


Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.


Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.


Tips dari kak Nor

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

pssstt:  memang sedap butter prawn nie meh la cube resepi nie..








Ayam Penyet Ria, Cyberjaya



assalamualaikum...
selamat pagi hai semua, sudah lame saya tak berupdate blog lebih-lebih lagi mengenai tempahan dan menu berbuka..antara sebab tak dapat update..
  • 1st sekali bulan-bulan pose nie memangla tak cukup jam, tak cukup masa..rasa macam nak tambah lagi 25jam sehari erk boleh ke..he..he
  • 2nd kamera nie sekarang asyik-asyik buat hal je tak kamera buat hal kabel buat hal.. ada saje halangannyer.. agaknyer kamera merajuk kot..
  • 3rd keje kat opis nie macam biasalah bulan puasa dah separuh bulan kerja pun makin berlambak-lambakla cover Hari Raya punya cuti..he..he
macam-macamkan..bulan pose sabar je la jadi nie gambar yang sempat ambil dari kamera semalam..jadi edit mane yang patut..nak edit pun kat opis nie leceh gak..kadang-kadang OK kadang-kadang KO..layan je la..ape aku membebel nie..he..he ok actually nie tempat yang kami pada 31 Julai baru nie..mase tu demam jadi tekak tak tentu rasa teringin sangat nak makan ayam penyet jadi paling dekat ayam penyet ria di cyberjaya, biasa kami akan ke puchong @ Klang untuk makan ayam penyet Ap..1st time kami try ayam penyet ria nie rasa biasa je tetapi sedap lagi ayam penyet Ap..may be ikut selera masing-masing la erk..


Nie la ayam penyet Ap



 layan gambar Ayam Penyet dan  Gado-Gado
jangan tergeliur pulak..


Ayam Penyet Ria
Cottage Walk, Persiaran APEC, Cyber 6,
63000 Cyberjaya
Cyberjaya.

JUalan Hari Raya 10 - 14 Ogos 2011

Jualan Hari Raya Putrajaya

assalamualaikum...
hai semua..kali ini nak update untuk jualan hari raya yang berlangsung di putrajaya dari semalam hingga la hari ahad nanti..terdapat banyak barang-barang yang murah-murah... antara susu tepung dutch lady utk 123 & 456 dari RM26.50 diskaun RM 20.00..air Twister Rm 6.50 diskaun RM 5, Corn Flakes yang nak buat kuih hari raya dan macam-macam ada..
antara barang-barang yang terdapat disitu..antaranya body Shop,Akemi, Samsung, Julies, Adabi, Nor Arfah Batik, Polo, Baju Baby, Kasut, Poney, TIlam, Samsung, Baju Lelaki & perempuan..dsb..
datang jangan tak datang



Lokasi di Presint 2, sebelah Kementerian Perumahan & Bahagian pinjaman perumahan

Menu Berbuka Ramadhan - 3

assalamualaikum..
hai semua..entri ini untuk update menu kami berbuka pada ramadhan yang ke-3..alhamdullilah walaupun kesuntukan masa masih sempat jugaku menyiapakn juadah yang tidak seberapa untuk mengisi kekosongan perut..he..he


1. Nasi Putih

2. Udang Sambal Masak Petai
3. Bayam masak Lemak
4. Air Vitagen & Air Suam
5. Kurma







my pebret....





layan...

New Design 4 Cup Cakes

assalamualaikum...hai semua..
nie cup cakes yang telah diorder oleh kak zie untuk anak beliau menjual di JUMBO SALE sekolah baru-baru ini..ok layan sambil cuci mata... selain itu juga kak zie order cheese tart pelbagai perisa..& Muffin

Cup Cakes Coklat
Butter Cream















Cheese Tart Coklat

Cheese Tart Strawberry

Cheese Tart Bluberry
da.....

Benarkah Golden chain butter disahkan ada DNA Babi????

ASSALAMUALAIKUM.....

selamat pagi semua..semalam dapat email dari member yang order kek Lapis dari Murni Delights, dia menanyakan adakah benar hebahan yang berlaku ini..saya pun sebenarnya tak berapa pasti tetapi selepas membaca semuanya dan mencari sedikit info-info berkenaan dengannya adalah yang terbukti sedikit..tapi masih mengelirukan..

 amat mengerunkan semuanya..isy..isy..isy..takutkan.. actually saya bersyukur dengan persoalan yang telah dilemparkan oleh pelanggan-pelanggan setia murni delights... Alhamdullilah sepanjang berniaga tidak pernah sekali pun menggunakan butter jenis ini untuk dibuat sebarang produk atau menu dari murni delights..kebiasaannya kami menggunakan ButterCup @ buttermas...kerana ianya lebih yakin..

dibawah diantara info yang telah tersebar di email-email ofis saya...bacalah..kemudian selidik balik sama ada ianya benar atau tidak..sebab ada yang terbaca ianya hanya Golden Chain Butter yang dijual di sarawak sahaja..kerana ianya terdapat 2 syarikat pengeluar..ntahla..jom kita selidik bersama



WASPADA: DNA Babi Di Dalam Makanan!!!
selatanonline


KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. -BH






Kesan DNA babi




TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari


Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.


-HM


GB


Posted by tok_aji



Untuk makluman dan perhatian semua umat Islam. Berhati-hati semasa membeli belah bahan makanan di pasaraya…. pastikan butter (mentega) yang dibeli adalah halal, bukannya mentega seperti di bawah ini….



Dipanjangkan Memo Makluman daripada Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama
Johor yang mendapati mentega jenama Golden Churn Creamery Butter keluaran New Zealand mengandungi DNA babi….



Sumber: Chef Amer
newsfowarder™ wrote:
Subject: Golden chain butter disah ada DNA Babi



salam semua,
kajian telah dibuat oleh Jab Agama Johor dan mengesahkan produk golden chain butter ada DNA babi, namun ia telah dipertikaikan, tadi aku tengok dlm berita NTV7- ia telah DISAHKAN ADA DNA BABI- Jab agama meminta sesiapa shj yg telah menggunakan butter ini supaya menyamak bekas2 penggunaanya,
dan kpd yg telah termakan...aku tak tau..
(rujuk berita jam 7 tadi ntv7)

info dari Jakim mengenai kekeliruan status halal



Menu Berbuka Ramadhan - 2

assalamualaikum...
Entri kali nie nak update pasal menu berbuka puasa ke 2..menu kali nie ala-ala western sikit he..he.. ayam panggang gitu..jenuh menunggu ayam nie masak al maklumla waktu yang suntuk balik-balik kerja terus panaskan oven keluar ayam yang perap malam semalam terus panggang..he..he alhamdullilah cukup-cukup je masa 7.30 cam gitu bila keluar oven ayam dah masak..memang sedap tak rugi try resepi nie..tip top..he..ku perap semalaman..sebab tak ckup masa nak perap paginyer..mase tengah bakar ayam sempat lagi ke Bazar Ramadhan Putrajaya..tapi sayangnya tiada manu menarik yang membuat ku teruja untuk membeli..akhirnya belila air soya dan 3 keping kuih Apam Gula hangus..sedap juga kuihnyer cume air soya tawar..bukan kurang letak gula tapi memang tak de gula..menyesal beli..sedih je ada peniaga yang menipu macam nie.. eh pot pet pot pet plak..ok la layan antara menu Berbuka yang telah ku sediakan pada 2 ramadhan kali ini :




1. Nasi Putih
2. Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
3. Sos Lada Hitam
4. Coleslow
5. Air Soya Import dari Bazar
6. Kurma
7. Kuih Apam Gula Hangus Import dari Bazar






Ambil dari pak cik google terlupe ambil gamabr lapar punya hal..

Salad yang menjadi kegemaran kami..memang ranggup..

ape lagi silala terliur..he..he i tak goda...

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...hai..semua alhamdullilah hari ini masukla hari ke-4 kita berpuasa..sekejap je rasa dah hari ke-4..seperti biasalah entri nie menu berbuka pada puasa yang ke-2 lalu.. terlambat update sebab kamera tertinggal rumah semalam..jadi layan la menu ayam panggang ala-ala kenny rogers nie..memang sedap dan terbaik..


Bahan-bahan
2 Peha ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
2  sudu besar  lada hitam serbuk
2 sudu besar madu
1/2 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara
1.Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2.Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3.Perap selama 1 1/2 jam.
4.Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 2 jam atau sehingga ayam masak dalam suhu 160c. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

resepi asal ambil My Resepi

Menu Berbuka Ramadhan - 1

Assalamualaikum...
hai semua..sihat ke ? Alhamdullilah hari kedua berpuasa, harapnya tahun ini dapat berpuasa penuh pada  bulan ramadhan..he..he.. aminnnn, sebenarnya dari hari sabtu lagi ku sudah demam berjangkit dari hubbyku.. Ahad malam demam makin teruk badan pun semakin panas..selsema makin teruk batuk makin bertambah-tambah kuat..telah pergi ke klinik alhamdullilah semakin beransur pulih..hari isnin ku MC..tapi hari ini ku telah bekerja seperti biasa cume tinggal batuk dan selsema sedikit..Insya Allah harap ianya segera beransur pulih...hendak dijadikan cerita semalam MC pada waktu petangnya kuguna sepenuhnya menyediakan lauk untuk berbuka pada hari pertama ramadhan 1432..Alhamdullilah seringkasnya lauk yang ku sediakan menarik perhatian suamiku yang begitu berselera menjamu menu yang telah disediakan...

antara menu Berbuka yang telah ku sediakan pada 1 ramadhan kali ini :

1. Nasi Putih
3. Sambal Kicap
5. Air Milo Ais & Air Suam
6. Kurma
7. Puding Coklat











Puding Coklat






Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)


Cara-cara
1.Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2.Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4.psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
 
Selamat Mencuba


Telur mayonis bersama lada hitam & capsicum



 

bahan-bahan :

Telur 2 biji
lada hitam 1 sudu kecil
garam secubit
mayonis 1 sudu kecil
capsicum & lobak ikut suka..

cara-cara :

masuk kesemua bahan dan kacau sehingga sebati..erk ke kembang cam tu la..he..he

selamat mencuba...


Resepi sdn. bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala