Benarkah Golden chain butter disahkan ada DNA Babi????

ASSALAMUALAIKUM.....

selamat pagi semua..semalam dapat email dari member yang order kek Lapis dari Murni Delights, dia menanyakan adakah benar hebahan yang berlaku ini..saya pun sebenarnya tak berapa pasti tetapi selepas membaca semuanya dan mencari sedikit info-info berkenaan dengannya adalah yang terbukti sedikit..tapi masih mengelirukan..

 amat mengerunkan semuanya..isy..isy..isy..takutkan.. actually saya bersyukur dengan persoalan yang telah dilemparkan oleh pelanggan-pelanggan setia murni delights... Alhamdullilah sepanjang berniaga tidak pernah sekali pun menggunakan butter jenis ini untuk dibuat sebarang produk atau menu dari murni delights..kebiasaannya kami menggunakan ButterCup @ buttermas...kerana ianya lebih yakin..

dibawah diantara info yang telah tersebar di email-email ofis saya...bacalah..kemudian selidik balik sama ada ianya benar atau tidak..sebab ada yang terbaca ianya hanya Golden Chain Butter yang dijual di sarawak sahaja..kerana ianya terdapat 2 syarikat pengeluar..ntahla..jom kita selidik bersama



WASPADA: DNA Babi Di Dalam Makanan!!!
selatanonline


KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. -BH






Kesan DNA babi




TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari


Thailand.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.


-HM


GB


Posted by tok_aji



Untuk makluman dan perhatian semua umat Islam. Berhati-hati semasa membeli belah bahan makanan di pasaraya…. pastikan butter (mentega) yang dibeli adalah halal, bukannya mentega seperti di bawah ini….



Dipanjangkan Memo Makluman daripada Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama
Johor yang mendapati mentega jenama Golden Churn Creamery Butter keluaran New Zealand mengandungi DNA babi….



Sumber: Chef Amer
newsfowarder™ wrote:
Subject: Golden chain butter disah ada DNA Babi



salam semua,
kajian telah dibuat oleh Jab Agama Johor dan mengesahkan produk golden chain butter ada DNA babi, namun ia telah dipertikaikan, tadi aku tengok dlm berita NTV7- ia telah DISAHKAN ADA DNA BABI- Jab agama meminta sesiapa shj yg telah menggunakan butter ini supaya menyamak bekas2 penggunaanya,
dan kpd yg telah termakan...aku tak tau..
(rujuk berita jam 7 tadi ntv7)

info dari Jakim mengenai kekeliruan status halal



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala