Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya

salam...
tadi dok belek2 blog lain-lain tetiba ternampak info nie..
jadi saya paparkan untuk kegunaan bersama...


Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya

Ayam Panggang Yogurt Berempah

salam...
16 Oktober ari tue tetibe je terrajin...
geram melihat kak wana nyer resepi ayam yogurt dengan pantas nyer ke pasar dan membeli bahan2 yang diperlukan....
kak wana mohon kongsi bersama erk..









Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.

sumber resepi : http://www.potretkasih.com/2010/09/ayam-panggang-yogurt-berempah/#comment-671


maaplah gmbar buruk..pakai kamera hp jerk..he..he
ayam kurus skit..he..he tak mcam gmbar kak wana yang begitu menyelerakan...
siap buat air bandung..sedap dan nikmatnya..he..he




Merubah Segalanya...

salam...
hai sume dh lame tak update kat blog...
rasanya skrg nk ubahla dr blog nk cite pasal aktiviti sepanjang hidupku...suke ikuti blog-blog rakan-rakan yang lain..ade yang berkisahkan diri sndri, berkisahkan ilmu agama, berkisahkan ape sahaja...seronok..tetibe terlintas diingatanku ingin merubah hala blog ini kepada aktivitiku dan suami..segala yang aku lakukan lebih2 lagi resepi yang telah aku cuba dan pengembaraan hidup kami bersama...i like..<3<3.semoga kita sume dapat berkongsi ilmu..ye ke aku tulis cm nie..hik..hik..
maapla kluku merapik..he..he
insya allah bila free akanku updatekan aktiviti yang telah ku lakukan..
bye chau chin chau...

Puasa Enam Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).


Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

Sumber dr : http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/846-puasa-enam-syawal-.html

alhamdullilah...

salam..
selamat malam...malam yang indah...
sekejap je kan dh msuk 9Ramadhan...
sonoknyerla...

tahun nie tahun kedua kami menyambut puasa bersama..
w/pun tak sepenuhnya..tpi dpat gak bersama menyambutnya..

alhamdullilah jugak jualan kuih pada tahun nie amat menggalakan..
rasa seronok dpt membantu ibuku menjual kuih dan menjayakan hasrat beliau..
hrap ianya dpt meringankan dan mengembirakan hatinyer...

esok wktu rehat nk g seremban..
pas tue mlm nk blik kg hubby..
tpi tak tahula cm ne..

ahad bos kata ada kje urgent...
erm..

next weeklak nk blik melaka...
sonok..thun nie tak dpt lagi berbuka bersama familyku..
indahnyer saat-saat itu..
hrap ianya dpat disambut bersama lagi utk thun depan..insya allah..


4hb plak hubby ajak g jln KL..
katanya tgok2 klu ade yang minat...
bju raya sume dh ada..
skrg tinggal beli bju t-shirt hubby je..

insya allahla dimurahkan rezeki dan dipermudahakan urusan..
semuanya akan selesai...
amin

Family Day kelab J'Bat








Tanggal 24 Julai 2010...
di Taman Wetland Putrajaya..
Hari Keluarga Kelab J'Bat...
bermula jam 9 pagi..senaman aerobik dan acara2 bermula...

cabutan bertuah dapat cake mixer...seronoknyerla...hik..hik.. pas tue mse sukan plak dpt no 1 mse aktiviti BOwling Kelapa + Kaki Tempurung....group hubby kalah..
aktiviti baling belon plak kalah...belon y di baling tak dpt smbut dn trus pecah...
dh lme bet0l tinggalkan aktivti cm nie..bla main rasa sperti knak2 ribena...

hbis pukul 1.30 tghari...

Floria 2010








salam... selamat malam...
mlm nie ghajin skit mengupload gmbar dlm kamera nie..mse g floria ari tue...
sonok gak..tahun nie tema dia bunga HELICONIA...tak slap bunga y bnyak dihutan erm..ye la kot..tak brape pasti sgt...

KEPENTINGAN ASID FOLIC

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

* Keluarga yang pernah mengalami NTD
* Pernah hamil anak yang mengalami NTD
* Mengambil ubat sawan
* Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut

Kenangan Terindah




10 julai 2010...
jam 10.15 mlm...
1st time kami tengok wayang bersama sepanjang kami bersamaa...
isk..isk..cm lawakkan tpi tula sbnarnya..
sonok gak..beli 1 pop corn dan 2 mineral water...
tgok cte eclipse..best cte dia..
nnti tak lme lagi ada smbungan dia tak sbar nk tgok..
romantik dan unik

Selamat Malam..



Mlm yg indah..
Tgok22 pic dlm my album pas tue teringat kenangan pas kwin di Morib mse hubby konvokesyen "Darusyifa"...gmbar ni unik dan lain drpd y lain..sbb hubby pkai jubah...
hik..hik...

Hari-hari yang ku lalui..



salam sume....
ari nie birthday hubby...
semoga abg dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...
smoga cepat dpt bby..berjaya didunia dan akhirat...

maafkan ayg yer...
usia perkahwinan kita 1 thn 7 bulan msih xdpt bby..
wlpun abg tak pnah mysal,
wlpun sume kuasa Allah
tpi ayg still rasa sdih...

alhamdullilah..
ayg bersyukur sgt dpt suami seperti abg..
terima kasih atas segalanya...
syg selamanya..

Alhamdullilah...

alhamdullilah..
telah berjaya menghasilkan blog walaupun bl0m brape pndai lagi ianya msih dlm tempoh mencuba...dan terus mencuba...dihrap rakan-rakan sekalian sudi membantu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

 

Copyright© Ezahulala