Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...hai..semua alhamdullilah hari ini masukla hari ke-4 kita berpuasa..sekejap je rasa dah hari ke-4..seperti biasalah entri nie menu berbuka pada puasa yang ke-2 lalu.. terlambat update sebab kamera tertinggal rumah semalam..jadi layan la menu ayam panggang ala-ala kenny rogers nie..memang sedap dan terbaik..


Bahan-bahan
2 Peha ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
2  sudu besar  lada hitam serbuk
2 sudu besar madu
1/2 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara
1.Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2.Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3.Perap selama 1 1/2 jam.
4.Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 2 jam atau sehingga ayam masak dalam suhu 160c. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

resepi asal ambil My Resepi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala