^..Sup Tulang..nyum..nyum..^


Sup Tulang..pebret suamiku...
 hai tambah resepi lagi...
sup tulang memang menjadi kegemaran kami berdua..Sup tulang nie menu istimewa ..actually menu nie untuk suami yang baru je menyambut hari lahir beliau, en suami memang suke sangat menu nie.. sampai bertambah-tambah kalau ada sup tulang dan dipadankan kicap cili api..perghhh memang menjilat jari..ok layan resepi sdn bhd nie..

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/2  kg tulang dan daging
(Rempah Tumis) peket 50sen/rempah sup tulang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 1/2 inci halia*
5 ulas bawangputih*
1 ulas bawang besar *
1/4 camca kecil lada hitam
1/4 camca kecil lada putih
1/2 camca besar rempah sup/rempah kurma
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
lobak/Saderi untuk tambahan
*hiris



CARA MEMBUATNYA :-)
  • Bersihkan daging/tulang dan rebus hingga separa empuk..untuk resepi kali ini saya rebus selama 2jam 30 minit.
  • Tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih serta halia sehingga naik bau, masukkan rempah sup @ rempah kurma..dan tutup api
  • masukkan bahan tumis ke rebusan tulang yang telah separa empuk, tambahkan lada hitam dan lada putih.
  • Perasakan dengan garam, dan masak lagi sekejap. masukkan sayur lobak & saderi, Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.
cadangan menu untuk Sup Tulang + Kicap Cili Api + Telur Dadar...layan.....
bye.....

2 comments:

Farah Shamsudin said...

sedapnya kak...

Murni Delights said...

he..he.. tryla..mmg melet0ooop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

 

Copyright© Ezahulala