NASI GORENG TOMYAM


hai selamat malam...update entri kalii ini resepi Nasi goreng tomyam... menu makan malam beberapa hari yang lepas...kehabisan idea nak masak ape..skali sekala makan menu nasi goreng menarik jugak...dapat pulak resepi kak nor .. yang memang sumber inspirasiku..tak mahula membebel panjang ape lagi..kalau berhasrat mencuba dialu-alukan memang terbaik..

resipi : Rabiatun

Bahan:
2 mangkuk nasi putih *(saya buat 3 mangkuk)
7 ekor udang sederhana besar-dibuang kulitnya, tinggal bhgn ekornya
2 ekor sotong-diptg ikut suka
1 keping isi ayam-dihiris nipis *(tak de stok)
5 ulas bawang merah-dihiris halus
3 ulas bawang putih-dihiris halus
3 tbsp perencah tomyam knorr * (saya guna 1 kiub tomyam + 2 sudu perencah tomyam)
4 biji cili api (diketuk)
1/4 btg carrot- diptg memanjang
sedikit kobis
1/2 btg seleri-dihiris serong2 *(tak de kat umah)
1 btg serai-diketuk
1 biji telur- dikacau terlebih dahulu
minyak untuk menumis

amacam kak nor ok ke takk..

Cara:
1). Tumis bawang, serai hingga wangi.
2). Masukkan perencah tomyam (boleh tambah sedikit air takut ia cepat hangus pula), masukkan cili padi. Kacau.
3). Masukkan udang  serta sayuran lain. Gaul.
4). Masukkan nasi, kacau sebati dan rata. Alihkan nasi ketepi, tuang telur dan biarkan sekejap dan kasi telur tu hampir beku, barulah dikacau keseluruhannya. (ini utk mengelakkan ianya hanyir).

selamat mencuba

5 comments:

mazz said...

nampak sedap!
nanti nak try buat.
tq kongsi resepi :)

Murni Delights said...

erm..kak mazz mmg sedap..
tryla..hik..hik

Tina Othman said...

wow menariknya, nanti boleh try =)

Murni Delights said...

tryla tina mmg sedap..hik..hik.

hayatunfadzila said...

nyum2....cedap nye....anta le umah depan ni skit..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

 

Copyright© Ezahulala