Strawberry Cheese Cake

Alhamdullilah bersyukur kehadrat ilahi, akhirnya berjaya saya membuat cheese cake yang telah lama saya impikan..hik..hik lain je bunyinyer..actually dulu saya pernah masuk kelas ngan cikgu noraini belajar kelas cheese cake tapi sampai saat dan ketika ini saya memang tak pernah buat cheese cake kecuali brownies cheese..kami memang bukan pengemar cheese..tetapi bila terlihat godaaan gambar dari kak suhaida saya terus bersemangat..maka terhasilla Strawberry Cheese Cake ini...
thanks kepada Kak Suhaida dan kak Sue Aleen selaku sifu2 dan sumber inspirasi..


Bahan A (base)

180gm cream cracker Jacob * Biskut Oreo hancurkan 200gm 
120gm butter

Bahan B (Cheese)
250gm cream cheese
250ml whipping cream
140gm gula castor
2 sudu besar jus lemon * tak de stok tak letak
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin
Atas double boiler dan sejukkan
100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit
*Beberapa biji strawberi dipotong halus * tak de stok tak letak ganti filling strawberry

Bahan C (Topping) * untuk gambar ini saya tak buat topping
1 sudu besar gelatin
1/2 cawan strawberry filling
1/3 cawan air
Sedikit buah strawberi utk hiasan

Cara membuatnya:

Bahan A
1.Cairkan butter, hancurkan biskut oreo hancur

2.Gaul sebati dan kemudian mampatkan dalam loyang bersize 8”

3.Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan B.
1. Masukkan gelatin ke dalam air. Panaskan dengan cara double boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.

2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan jus lemon hingga adunan menjadi sebati.

4. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

5. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.

6. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.

7. Kemudian, letak kan beberapa sudu kecil filling  strawberi  dan corakakn menggunakan lidi di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan cheese sampai habis.

8. Ratakan. kemudian letak lagi beberapa sudu filling strawberry dan cokrakkan kembali..

9.Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.


Bahan C

1.Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.

2.Kemudian, masukkan ½ strawberi filling dan kacau sebati.

3.Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya.

4.Tuangkan adunan topping dan ratakan. Masukkan kembali dalam peti sejuk.

5. Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.

Selamat Mencuba..



5 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

ngeee...sedap nyer :)

hayatunfadzila said...

wahhhh!!!!...nyum3...sedapnye.

Murni Delights said...

kak izwa: mmg sedap..hik..hik
Kak yan: sdap tryla resepi nie..terbaik..

idazs said...

nyum-nyum, terliur!

Murni Delights said...

hik..hik resepi dari akak jugak.. thanks kak bantu saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

 

Copyright© Ezahulala