Puasa Enam Syawal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).


Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Hikmah Dari Segi Kesihatan

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.

Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.

Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Konsisten

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.

Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.

Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.

Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.

Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

Sumber dr : http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/846-puasa-enam-syawal-.html

alhamdullilah...

salam..
selamat malam...malam yang indah...
sekejap je kan dh msuk 9Ramadhan...
sonoknyerla...

tahun nie tahun kedua kami menyambut puasa bersama..
w/pun tak sepenuhnya..tpi dpat gak bersama menyambutnya..

alhamdullilah jugak jualan kuih pada tahun nie amat menggalakan..
rasa seronok dpt membantu ibuku menjual kuih dan menjayakan hasrat beliau..
hrap ianya dpt meringankan dan mengembirakan hatinyer...

esok wktu rehat nk g seremban..
pas tue mlm nk blik kg hubby..
tpi tak tahula cm ne..

ahad bos kata ada kje urgent...
erm..

next weeklak nk blik melaka...
sonok..thun nie tak dpt lagi berbuka bersama familyku..
indahnyer saat-saat itu..
hrap ianya dpat disambut bersama lagi utk thun depan..insya allah..


4hb plak hubby ajak g jln KL..
katanya tgok2 klu ade yang minat...
bju raya sume dh ada..
skrg tinggal beli bju t-shirt hubby je..

insya allahla dimurahkan rezeki dan dipermudahakan urusan..
semuanya akan selesai...
amin

Family Day kelab J'Bat








Tanggal 24 Julai 2010...
di Taman Wetland Putrajaya..
Hari Keluarga Kelab J'Bat...
bermula jam 9 pagi..senaman aerobik dan acara2 bermula...

cabutan bertuah dapat cake mixer...seronoknyerla...hik..hik.. pas tue mse sukan plak dpt no 1 mse aktiviti BOwling Kelapa + Kaki Tempurung....group hubby kalah..
aktiviti baling belon plak kalah...belon y di baling tak dpt smbut dn trus pecah...
dh lme bet0l tinggalkan aktivti cm nie..bla main rasa sperti knak2 ribena...

hbis pukul 1.30 tghari...

Floria 2010








salam... selamat malam...
mlm nie ghajin skit mengupload gmbar dlm kamera nie..mse g floria ari tue...
sonok gak..tahun nie tema dia bunga HELICONIA...tak slap bunga y bnyak dihutan erm..ye la kot..tak brape pasti sgt...

KEPENTINGAN ASID FOLIC

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

* Keluarga yang pernah mengalami NTD
* Pernah hamil anak yang mengalami NTD
* Mengambil ubat sawan
* Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala