order by kak zie

salam sume,
selamat menyambut MAULIDUR RASUL..
alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi...
nie cheese tart yang di tempah oleh kak zie 
katanya anak beliau suke sgt..thanks izzah..


nie tempahan dari kak zie..pelbagai perisa...
alhamdullilah feedback dr kak zie katanya sedap..
thanks kak zie yang bnyak membantu dan sokongan segala nasihat...jasamu dikenang..he..he..

Tempahan Cup Cakes

Salam...
selamat malam sume...
he..he....he..

semalam tempahan dari untuk ari lahir anak nyer..alhamdullilah..

nie sedikit gambar cup cakes yang telah di tempah oleh kak zie







kak zie yang sporting....dengan idea2 yang ringkas bgini..



pelbagai deco yang telah terhasil...




cantik tak...he..he..

Ayam Masak Pecel Lemak Cili Api

salam sume...
selamat tahun baru...he...he
lauk untuk tahun baru nie saya masak
Ayam Masak Pecel Lemak Cili Api
...kredit tu kak wana(potret Kasih)..mmg sedap dan sangat lazat...
i like.. ada kata lauk nie lauk org jawa...saya pun tak pasti..
sesiapa yang ingin mencuba resepinyer ada dibawah...
selamat mencuba...



Resepi Ayam Masak Pecal Lemak Cili Api

1 ekor Ayam ( Belah 2 atau 4 kemudian dibersihkan )
2 inci halia
1 labu bawang besar
1 inci belacan bakar
3-4 biji ubi cekur atau kencur
6-10 helai daun cekur ( dihiris nipis-nipis )
10 – 20 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini )
1 mangkuk santan pekat ( 1/2 biji kelapa di kisar dengan 1 mangkuk air suam- ambil santannya)
Garam secukupnya
gula secukupnya
jus limau secukupnya
serbuk perasa

Cara Penyediaan

1. Tumbuk halia bersama garam kemudian lumur pada ayam tadi.
2. Kukus ayam hingga empuk.
3. Sementara ayam empuk buat sos pecal.
4. Tumbuk cili padi, belacan, biji cekur, bawang besar hingga lumat.
5. Kemudian satukan bahan tumbuk, santan, gula, garam, perasa, jus limau serta daun cekur yang telah dihiris.
6. Kacau sebati dan sesuaikan rasanya.
7. Bila ayam empuk potong2kan ayam tadi dan susun atas pinggan.
8. Kemudian curahkan sos pecal lemak tadi atas ayam.
9. Bolehlah dihidangkan.

*** Kalau santan tu diperah menggunakan air yang tak masak boleh panaskan santan tersebut atas api…. kacau selalu jangan sampai pecah!!! kemudian baru satukan dengan bahan2 lain.

***vill pkai susu cair je..he..he
***ayam dh rebus vill letak atas kuali non stik..smpai kuning2 skit..

Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya

salam...
tadi dok belek2 blog lain-lain tetiba ternampak info nie..
jadi saya paparkan untuk kegunaan bersama...


Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya

Ayam Panggang Yogurt Berempah

salam...
16 Oktober ari tue tetibe je terrajin...
geram melihat kak wana nyer resepi ayam yogurt dengan pantas nyer ke pasar dan membeli bahan2 yang diperlukan....
kak wana mohon kongsi bersama erk..









Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!

Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.

sumber resepi : http://www.potretkasih.com/2010/09/ayam-panggang-yogurt-berempah/#comment-671


maaplah gmbar buruk..pakai kamera hp jerk..he..he
ayam kurus skit..he..he tak mcam gmbar kak wana yang begitu menyelerakan...
siap buat air bandung..sedap dan nikmatnya..he..he




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala