hai entri petang ini dikala hujan yang lebat..
sedap rasa bila mata dijamu kuih cara manis digandingkan dengan kopi panas...
wah..indah rasanya..hik..hik..
resepi nie diambil dari kak jun dalam my resepi...
sedap rasanya...alhamdullilah..
oleh kerana ibuku telah tertinggal acuan kuih cara nie ape lagi daku mengayakanla..maka terhasil kuih cara ini...ok sambil mata jeling-jeling pada gambar layan resepi ini..selamat mencuba...

bahan-bahan

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti 
  • air 1/2 cawan

cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis. 
  2. Rehatkan adunan dalam 15 minit kemudian campurkan air 1/2 cawan dan kacau hingga sebati.. 
  3. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  4. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala