Cream Puff

Untuk paf:
150 ml air
50 g mentega
65 g tepung gandum
Sedikit garam * campur dalam tepung
2 biji telur



Cara buat paf:

1. Satukan air dan mentega atas skillet/non-stick pan.

2. Kacau atas api perlahan.

3. Bila mentega cair, kuatkan api. Biar mendidih kuat selama 1 minit.

4. Tuangkan tepung yang telah dicampur dengan garam ke dalam pan berisi mentega cair tadi.

5. Padamkan api dan kacau hingga jadi adunan yang sebati.

6. Bila adunan suam, masukkan telur sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.

7. Isikan adunan ke dalam beg piping dengan nozzle berbentuk bintang.

8. Picitkan ke atas dulang pembakar yang telah dilengserkan mentega, jarak antara satu 5 sm.

9. Bakar pada suhu 210°C selama 25 minit (ovenku 190°C). Bila masak (terpulang nak warna cerah/agak kekuningan ke kecoklatan), keluar dan ketepikan.


Inti kastad:

50 g tepung kastad
70 g gula kastor
350 ml susu segar
150 ml krim putar


Cara buat inti:

1. Campurkan tepung kastad dan gula kastor di atas non-stick pan/skillet.

2. Tuangkan susu segar dan dikacau sebati.

3. Kacau atas api perlahan hingga pekat. Biarkan sejuk.

4. Putar krim hingga kental. Satukan dengan kastad tadi.

5. Masukkan adunan ini ke dalam piping beg. Picitkan ke dalam paf yang telah dibelah sedikit.

* Masukkan inti ke dalam krim paf sejurus sebelum dihidangkan untuk mengelak menjadi lembik atau soggy.

* Krim putar adalah optional. Sekiranya tiada, abaikan langkah 4.

* Self-tag as always :).


sumber dr ka sue aleen..he..he..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Post

Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala