Spaghetti Bolognese


nie ada 2 versi hat yang merah nie pkai tomato puri. yang wrna coklat skit pkai cili boh dan prego..


sempena cuti 2 minggu nie jadi ku rajinkan diri hari-hari memasak menu pebret hubbyku...  seronok katanya...makan best2 ari2..alhamdullilah hubby mmg tak cerewet langsung ape je yang ku masak.. selalunyer ku akan tanya dulu ape yang teringin hubby makan...jadi semalam ku layankan spagetti yang mmg hubby suke sangat...
resepi nyer seperti dibawah..ku cilok dari  My Resepi  dh lebih 3 kali ku buat guna resepi nie..mmg tip top..layan...



  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu* tak buh susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)* xltak pun
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter* tak letak 
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
layan la erk...

2 comments:

Nor Azura Ahmad 210058 said...

salam. kak zura penah buat home made sauce ni tapi xtau lah awat yg jd masam sgt.ambk dlm majalah saji. chef yg famous lg. pastu beli je kimball traditional pnya. cuma sprinkle cheese ja atas dia. maybe should give a try on ur recipe

Murni Delights said...

wsalam kak zura..erm..saya slalu buat ikut resepi nie..tapi mmg klu segi rasa saya adjust sndri..he..he kadang2 citarasa org tak sama ngan kita..nie ambil dari my resepi ramai yang kata ok may be akak try nnti komenla....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Post

Follower

 

Copyright© Ezahulala