Tips Membuat Kek Brownies


Brownies dr En Google
  cuba lihat info brownies di bawah.

Brownie adalah sejenis kek coklat yang ringan dan mengandungi kacang walnut, lembab dibahagian tengah dan mudah disediakan. Oleh kerana ia mudah dan menggunakan bahan-bahan yang agak ringkas serta mempunyai rasa yang cukup enak, maka setiap suri rumah mampu menyediakannya untuk seisi keluarga dan juga dijadikan hadiah untuk majlis-majlis seperti pertunangan, perkahwinan dan hari jadi. Seperti juga dengan jenis-jenis kek yang lain, bahan utama bagi brownie adalah telur. Telur dicampurkan dengan gula, esen vanilla dan dipukul sehingga kembang, iaitu tiga kali ganda dari kandungan asal tadi (sebelum dipukul).

Jangan sekali-kali mencampurkan garam apabila memukul telur dengan gula kerana ia akan melambatkan proses mengembang. Oleh itu sebaik-baiknya dalam proses membuat brownie atau kek, mentega yang bergaram jarang sekali digunakan. Garam biasanya dicampur dengan tepung dan dituangkan pada saat akhir proses pembikinan kek.

Begitu juga dengan gula, gunakan gula halus (gula kastor) kerana ia mudah hancur dan mempercepatkan proses berbuih (foaming proses) yang begitu penting dalam penyediaan kek. Proses berbuih adalah untuk memerangkap udara. Jika campuran telur, gula dan esen vanila tidak kembang, brownie tidak akan naik dan tidak gebu.Walaubagaimanapun, langkah yang paling penting dalam proses membuat kek adalah menentukan bekas yang digunakan untuk memukul telur dan gula, bersih dan benar-benar kering daripada bahan-bahan lain yang boleh menghalang campuran menjadi kembang.

Bahan yang menjadikan brownie gelap adalah coklat. Kepingan coklat masak (cooking chocolate) adalah jenis yang paling sesuai untuk penyediaan brownie. Cooking chocolate mempunyai warna yang gelap dan lembap serta rasanya tidak terlalu manis. Jenis coklat ini akan menghasilkan produk yang kelihatan gelap dan lembap (moist). Serbuk coklat juga boleh digunakan, tetapi ianya agak kering dan warnanya agak pudar. Ia menjadikan brownie lebih ringan, kurang lembab dan memberikan warna yang kurang menarik kepada brownie.

Kepingan coklat biasanya di hiris nipis-nipis dan dicampurkan dengan mentega tanpa garam dan dicairkan diatas api yang sederhana. Api yang kuat boleh memberikan rasa yang hangit kepada coklat. Sentiasa mengacau coklat semasa proses mencairkannya untuk mendapatkan campuran yang sebati. Proses mencairkan coklat perlu dilakukan terlebih dahulu daripada telur dan gula untuk mendapatkan campuran yang sejuk.

Campuran coklat dan mentega yang telah dicairkan tadi dituangkan ke dalam adunan telur dan diikuti dengan walnut. Pada masa ini campuran tak perlu dikacau terlalu lama dan sebati. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan sehingga sebati, tidak terlalu lama cukup sekadar campuran bahan-bahan sekata.

Selain walnut anda juga boleh menggunakan jenis kekacang yang lain yang banyak terdapat dipasaran seperti badam cincang, pecan, gajus dan juga kacang tanah yang dibakar terlebih dahulu. Kacang hendaklah dicincang tetapi tidaklah terlalu kecil. Anda juga boleh mencampukan lebih daripada satu jenis kacang kedalam coklat borwnie. Rasanya akan lebih sedap dan enak. Gajus adalah jenis kacang yang paling enak walaupun harganya agak mahal sedikit.

Untuk membakar brownie, cuba gunakan loyang yang boleh dipisahkan bahagian bawahnya, kerana ia memudahkan proses memotong coklat brownie setelah dibakar. Alaskan loyang dengan kertas bergris yang tidak melekat. Bakar pada suhu yang telah ditetapkan dalam resepi. Kepanasan ketuhar yang sekata akan menberikan hasil yang memuaskan. Cara mudah untuk menentukan samada brownie telah masak adalah dengan melihat permukaan atasnya. Apabila masak permukaan atasnya agak kering, pucat tetapi bahagian tengahnya masih gelap dan lembap. Anda juga boleh memastikan samada ia telah masak dengan menyucuk bahagian tengah brownie.

Biarkan brownie sejuk sedikit sebelum menyapu krim coklat. Masukkan kedalam peti sejuk supaya ia benar-benar sejuk sebelum menghidangkannya. Ini akan memudahkan anda memotong coklat brownie supaya ia kelihatan lebih menarik. Potong kepada empat segi 2? X 2? dan hiaskan dengan kekacang pilihan anda diatas setiap potongan.

sumber dari Alikram klik..klik bnyak info terdapat disana...

4 comments:

nuyue said...

bagus tips nih..
nuyue tak pernah lagi buat brownie..
vill ada resepi tak ?nanti share laa yer

Murni Delights said...

erm..vill ada survey2 resepi brownies nie dia mcm2 ada yang bru dpt nie..nnti vill buat vill tag kak nuyue erk..

~dYaHaHa~ said...

sedap je nmpak gmbar brownies kat atas tu vill! btw, nak tanya sifoo, resipi brownies ni sama mcm resipi buat brownies cheess tu ke? nmpak kepadatan die mcm lain! hihi..tag me juga k..huhu

Murni Delights said...

nie brownies versi bakar..dia mmg padat dan melekat..he..he..
klu yang vill buat tu versi kukus... dia soft je tesktur pun lembut je..smpai ada kata ape beza kek coklat ngan kek brownies kukus...
dari segi adunan mmg beza...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Post

Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala