Kek Marble Susu
resepi kek marble susu..
Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco
Cara membuatnya :-)
1.Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
2.Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
3.Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
5. saya kurangkan suhu sebab oven kecik je.. kepada 165c mse masak saya ikut cucuk tgah2 smpai kering tu bru angkat..tak perasan berapa lame..
yang gmbar bwah nie versi cup..sebab loyang tak muat..he..he
cam ne tergoda tak..klu tergoda ape lagi..layan ler resepi nie..
|
4 comments:
cik ct...kek ni ada versi kukus ker?
ish, vill ni... asal nak clicl komen je, mesti terclick widget star tu... heheeh....
amboi, tergoda sungguh akak tgk versi cupcake ter. cantik sungguh! bila dah ada talent buat kek, buat la apa pun, confirm jadi,kan, kan.... heheheheh.
p/s:teringin nak jumpa vill tau. bila la nak sampai putrajaya ni.
widget star yang mane kak...he..he maafla tak tahu..
erm..he..he..cntik ke..nie ketandusan idea nie kak fiza..susah jugak bila tak de nozzle..he..he main redah je..
nak jmpe vill leh je..minggu nie ada event hari belia..klu nak jumpe dtgla kak rumah leh knal2...bila2 je.. tak pun ada event floria nnti..bulan julai..
kak zie..yang resepi kak fiza tu versi kukus..klu mat gebu tu versi bakar..he..he
Post a Comment