Nasi Bukhari & Company


assalamualaikum...
hai sume..hari yang indah perut pun mula berkeroncong menyanyi lagu dondang sayang..awal pukul 12 nie dondang sayang kejap lagi bila waktu sudah dekat pukul 1 mula la tukar rentak rock kapak..he..he lapar rasanya.. bila tengok-tengok album ada lagi rupenyer menu yang tak berupdate, dengan pantas ku pun menaip sambil menelan air liur mencuci mata melihat gambar dibawah..he..he jika ada yang berminat bolehla try resepi simple ini..sedap dan mudah..

 
Nasi Bukhari & company...
 Nasi Bukhari

• 1 kg beras basmati, dicuci bersih dan toskan
• 900 ml air
• 1/2 tin susu cair
• 3 biji bawang besar, dihiris
• 10 biji bawang putih, dikisar
• 2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
• 4 kelopak bunga lawang
• 4 kuntum bunga cengkih
• 3 biji buah pelaga 
* penumis yang rm 0.50 sen
• 1 senduk minyak sapi/ majerin
• bawang goreng, untuk hiasan
• garam secukup rasa


Cara-cara


1. Panaskan minyak sapi/majerin dalam periuk nasi diatas api, masukkan penumis. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.


3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan atas nasi dengan bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak tabur bawang goreng dan hidangkan

Resepi Dalca klik disini

Resepi Ayam Masak Merah klik disini 


                                                Selamat mencuba






2 comments:

mazz said...

vill...sedapnya!
boleh jugak di cuba nanti...

Murni Delights said...

tryla kak mazz..mmg sedap..he..he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower

 

Copyright© Ezahulala