Gerhana Bulan



assalamualaikum....
hai sume.. khamis yang tenang dalam cuaca yang mendung, indahnya...malam tadi gerhana bulan!!!!! pukul 10 gelap je.. he..he.. jom layan citer tentang gerhana bulan...

sumber dari : Falak
Fasa-fasa penting Gerhana Bulan Penuh nanti

Written by shahgazer Tag: gerhana bulan, blog shahgazer's blogLogin to post comments
(Photo credit and copyright to Fred Espenak)

                            

Fasa-fasa penting sewaktu Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 nanti. Grafik adalah daripada utiliti di laman web http://shadowandsubstance.com// . Semua hakcipta adalah daripada laman web tersebut. Saya tidak buat sebarang modifikasi terhadap screenshot tersebut. Oleh itu perhatikan tarikh yang dipaparkan 15 Jun waktu Universal. Kejadian Gerhana berlaku di Malaysia berlaku apabila sudah masuk ke tarikh 16 Jun Waktu Malaysia.

Saya syorkan lawati laman web http://shadowandsubstance.com/ untuk melihat animasi Flash gerhana tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------

1.22 PAGI
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Dijangka tidak banyak perbezaan cahaya yang boleh dilihat, malah boleh dikatakan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh dilihat dengan mata. Oleh itu, rileks dan jangan gopoh-gopoh! :-)


------------------------------------------------------------------------------

2.22 Pagi
Bulan sudah mula memasuki kawasan bayang-bayang umbra. Kini jelas kelihatan satu bayang-bayang gelap memasuki satu sisi Bulan. Semakin lama ia akan semakin besar dan mula menutupi bentuk bulatan Bulan tadi. Bulan penuh tidak kelihatan bulat lagi!


--------------------------------------------------------------------------------

3.21 Pagi
Secara rasminya, Bulan sudah memasuki sepenuhnya kawasan bayang-bayang umbra. Maka fasa Gerhana Penuh pun bermula. Bulan dijangka tidak akan gelap sepenuhnya, dan akan kelihatan kemerah-merahan.



--------------------------------------------------------------------------------

4.12 Pagi
Bulan berada di pertengahan fasa gerhana penuh. Ini bermaksud ia sudahpun berada dikawasan paling 'dalam' bayang-bayang umbra. Ketika ini gerhana berada pada puncaknya dan Bulan akan berada pada kecerahan yang paling malap.


--------------------------------------------------------------------------------

5.02 Pagi
Bulan secara rasmi sudah menamatkan perjalanannya di dalam bayang-bayang umbra, dan mula memasuki kawasan penumbra yang kurang gelap tadi. Bentuk bulan masih lagi sompek, tidak bulat.


--------------------------------------------------------------------------------

6.02 Pagi
Bulan secara keseluruhannya sudah keluar dari kawasan umbra dan kelihatan seperti hampir sediakala. Namun ia masih berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra.


--------------------------------------------------------------------------------

7.02 Pagi
Tamatnya gerhana. Bulan sudah pun keluar terus daripada kawasan bayang-bayang Bumi di angkasa! Jom tunggu Gerhana Penuh seterusnya pada 10 Disember 2011 pula!!!


4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

allahhuakbar!kuasa allah....

Murni Delights said...

erm..kejadian Alam tiada tandingannyer

ashra said...

cantikkan kejadian kebesaran allah ni..
nikmat alam ciptaannya.

Murni Delights said...

indah sgt2...he..he.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers

Follower

 

Copyright© Ezahulala